
Segala puji bagi Allah s.w.t.Semata dan Shalawat serta Salam semoga senantiasa tercurahkan kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam yang tiada Nabi setelahnya.

Saya mulai Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Mengasihani .
Assalamuaalaikum wr wb….Pada Kawan2 dan Adik2 Yang Abang Wee
Kasihi ,Cintai Dan Sayangi ,Walau pun Dimana Kalian Berada SemuaNya .
Baik Yang Baru & Yang Lama .
10 Sikap Buruk Dibenci Oleh Allah s.w.t.
1) Banyak bercakap.
Bercakap perkara sia-sia, memfitnah, umpat keji dan percakapan menjurus kepada perbalahan.
2) Gelojoh ketika makan.
Tidak bersopan ketika makan dan makan terlalu kenyang.
3) Bermegah-megah.
Amat suka kepada jawatan, sanjungan dan gelaran.
4) Suka marah-marah.
Kemarahan membuat seseorang bertindak diluar batasan yang boleh membawa kecederaan atau pembunuhan.
5) Hasad Dengki.
Sanggup melakukan kejahatan untuk menyusahkan orang lain.
6) Kedekut.
Menyimpan banyak harta rezeki yang Allah kurniakan tanpa menderma atau membuat kebajikan kepada orang yang memerlukan
7) Ego dan Sombong.
Merasakan dirinya banyak kelebihan hingga lupa Allah Maha Besar.
8) Ujub bangga diri.
Megah dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah tanpa rasa bersyukur kepadanya.
9) Riak dan gemar pujian.
Suka minta dipuji setiap perkara yang dilakukan dan mahu jasanya dikenang sepanjang masa.
10) Cinta dunia.
Terlalu menghamba diri kepada dunia dan lupa pada akhirat.
Kitab rujukan " Kitab Tesauf Penawar Bagi Hati "

No comments:
Post a Comment