Sunday, November 25, 2007

SERBA TAK KENA .

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket




Segala puji bagi Allah s.w.t.Semata dan Shalawat serta Salam semoga senantiasa tercurahkan kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam yang tiada Nabi setelahnya.




Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket





Saya mulai Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Mengasihani .







Tangan dan Usaha Anda Boleh membantu Mengubah Dunia !



Assalamuaalaikum wr wb….Pada Kawan2 dan Adik2 Yang Abang Wee

Kasihi ,Cintai Dan Sayangi ,Walau pun Dimana Kalian Berada SemuaNya .

Baik Yang Baru & Yang Lama .




APA BILA SEMUA NYA TAK KENA .




Apabila semuanya serba tak kena, dan apabila anda tidak tahu apa lagi yg hendak dibuat... Ingatla... Anda masih boleh bersandar kepada Dia yg maha mengasihi...






Apabila hidup diselubungi kegelapan, dan semuanya silap.... Carila sinar itu dariNya yg memberi cahaya...





Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada siapa yg mengambil peduli... Ingatla....pada Dia yg tidak pernah melukakan hatimu....





Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu... Janganla berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya...




Apabila lemah tidak bermaya... Sedangkan perjalanan masih jauh yang perlu diharungi... Carila kekuatan itu daripadaNya yg maha kuasa...




Apabila hidup ini dirasakan seperti beban dan segalanya goyah... Bangunkanla semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradahNya....




Apabila jalan dihadapan digelapi mendung.... Sedangkan tiada siapa disisi sudi menemanimu... Carila jalan lurus itu daripadaNya yg menjadi satu-satu panduan hidup...




Apabila orang disekeliling tidak mahu mendengar suaramu dan keluhanmu... Jangan kecewa kerana Dia maha mendengar...




Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dlm keperitan... Ingatla kpdNya yang maha kaya....




Apabila kau dalam kedukaan... Sedangkan tiada tempat utk melarikan diri... Mengadulah kpdNya yg maha satu...




Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya... Serahkan dirimu kpdNya satu-satunya tempat yg boleh bergantung harap...





Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi.... Hatimu dicakari kebimbangan... Ingatla bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yg sabar...





Jiwa resah,kelam dan tak selamat , Memberontak di dalam kotak hati... Hati penuh dengan sengsara , Sikap dan sifat yang tak bertawakal , Akibat jauh dari kedamaian.Perlu dilepaskan jauh perasaan... Agar dapat ku gapai... Ketenangan... Keamanan , Kedamaian...




Oh...pejamkanlah matamu seketika... Agar kau dapat mengeluh... Menghembus udara keresahan... Agar lapang jiwa nan sempit... Agar bebas hati yang tersepit... Dan akhirnya kau akan rasa... Satu kedamaian...Yang diberikan Oleh Allah s.w.t. ,sang pengciptaan Mu ,Melalui Solat yang Khusuk mu itu .Alhamdullilah .(Segala Puji Bagi Allah s.w.t.)




Wanita




Akal Senipis Rambutnya.. Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah..



Masih mencari walau ada segalanya.. Apa yang tiada dalam syurga?.. Namun Adam tetap rindukan Hawa..



Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.. Untuk diluruskan oleh lelaki.. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus..



Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.. Didiklah mereka dengan panduan darinya.. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar..




Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.. Di situlah punca kekuatan dunia.. Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman .Cinta Ilahi yang Hakiki .






Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket




“ Kekurangan kita ialah banyak membaca al-Quran tanpa mengetahuai maknanya “.


“Kelemahan kita ialah mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui tafsirannya “.


“Kelemahan kita yang bertimpa-timpa ialah mengetahuai tafsirannya tetapi tidak mengetahui rahsianya”.


“Kelemahan kita yang tertinggi ialah mengetahui rahsianya tetapi tidak mempercayainya”.


“Kelemahan kita yang lebih tinggi ialah tidak mempercayainya lalu meninggalkannya”.




Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



BERKATA HUJAHTUL ISLAM AL IMAN AL-GHAZALI R.A ,

JANGAN ENGKAU KATA " ALLAH MAHA BESAR "

' PADA HAL DI DALAM HATI KAMU MASIH LAGI ADA YANG LEBIH BESAR

DARINYA ."



Berkata HujahTul Islam Al- Iman Al-Ghali R.a Lagi ,


"Jika sesiapa bertanya kepada mu samada kamu cinta kepada Allah,

hendaklah kamu diam kerana jika kamu kata: "Saya tidak cinta

kepadaNya", maka kamu kafir dan jika kamu berkata, "Saya cinta", maka

perbuatan kamu berlawanan dengan katamu."



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
T.Q. ALLAH S.W.T.



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Mencari RedhaMU



- zawawi -



All For One, One For All.




Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket





Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket














Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

No comments: