Saturday, November 3, 2007

SOLAT & KEKEJIANYA .

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Segala puji bagi Allah s.w.t.Semata dan Shalawat serta Salam Semoga Senantiasa Tercurahkan kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi Wa Sallam Yang Tiada Nabi Setelahnya.


Saya mulai Dengan Nama ALLAH Yang Maha PemurahLagi Maha Mengasihani .


Assalamuaalaikum wr wb..Kawan2 Ku yg Dikasih,cintai Dan sayangi ,walaupun Dimana Kelian Berada .


MARI SAMA2 KITA RENUNG DAN FIKIR SEJENAK UNTUK DIRI KITA DAN AGAMA YANG KITA KASIHI,CINTAI DAN SAYANGI .


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Mengapa solat tidak mampu cegah perkara keji ?


Kadang-kadang sesekali datang persoalan di benak kita, mengapa ramai orang yang melakukan solat, tetapi masih terlibat dalam maksiat dan sebagainya?
Adakah kerana pelaksanaannya tidak menepati peraturan beramal seperti yang diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. ataupun melakukan solat tetapi pada masa yang sama jahil tentang hukum-hakam agama.


Sepatutnya perkara maksiat, jenayah dan sebagainya tidak banyak berlaku dalam negara ini disebabkan bercambahnya bangunan-bangunan masjid yang tersergam indah di mana-mana.


Di mana silapnya? Mungkin juga pengisian kelas-kelas fardu ain, tazkirah, ceramah, forum agama terlalu sedikit penganjurannya, atau penganjuran program-program hiburan terdapat di sana sini termasuklah pada sambutan malam hari raya, atau kerana faktor kewangan untuk membayar upah penceramah atau mungkin sebab-sebab lain?



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Kalau di Terengganu sebagai contoh papan-papan iklan besar yang menyebut pada dua tahun ini saja 2005 / 07, kerajaan telah berjaya membina 62 buah masjid, tetapi mengapa gejala sosial, kumpulan remaja yang buruk akhlak semakin menjadi-jadi.


Sesungguhnya masjid-masjid yang dibina itu hanya dibanggakan dengan bangunannya sahaja tidak dengan pengisiannya, majlis ilmu jauh sekali, yang banyak diisi ialah majlis baca Yasin pada malam Jumaat, itupun satu tradisi yang telah diwarisi sejak berpuluh-puluh tahun.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Surah Yasin dibaca, tetapi isinya tidak dihayati, sedangkan dalam surah tersebut terdapat ayat yang menceritakan tentang pendekatan sains, asal-usul kejadian manusia dan banyak, namun ia tidak dianggap penting .



Justeru, sepatutnya bulan Ramadan yang telah kita tinggalkan hampir tiga minggu lalu telah banyak memberi pengajaran menerusi tazkirah dan tadarus al-Quran,


ia bertujuan supaya kita dapat lakukan ibadat solat dan ibadat-ibadat yang lain atas dasar kefahaman dan ilmu pengetahuan yang jitu, barulah penghayatan solat dalam diri seorang muslim itu mantap dan berkesan serta benar-benar mampu menangkis sebarang perbuatan keji dan mungkar.



Bukan sahaja diri kita sendiri, malah yang penting anak keturunan kita juga adalah jenis insan yang mampu membina jati diri dengan solat sekali gus menangkis serangan Nafsu didalam diri kita dan syaitan yang sentiasa mengintai peluang bagi merosakkan bangsa manusia supaya menjadi teman rapat mereka untuk masuk neraka Allah SWT.



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Sehubungan itu, Allah menjelaskan dalam al-Quran menerusi ayat 58-59 surah Maryam yang bermaksud:


" Mereka itu adalah orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Allah, iaitu para Nabi dari keturunan Adam dan dari orang-orang yang Kami angkat bersama Nuh, serta dari keturunan Nabi Ibrahim dan Israil dan orang-orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih.
Mereka itu apabila dibaca ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.


Maka datanglah sesudah mereka (generasi berikut), pengganti yang tidak baik yang mensia-siakan pelaksanaan ibadat solat dan menuruti hawa nafsu, maka mereka kelak akan menemui kesesatan ".



Sesungguhnya matlamat utama daripada pelasanaan ibadat solat ialah untuk mencapai tingkatan takwa kepada Allah sama seperti yang disebut oleh Allah dalam pelaksanaan ibadat puasa dalam bulan Ramadan lalu, caranya ialah dengan merasa takut hanya kepada-Nya, melakukan segala hukum-hakam-Nya yang termaktub di dalam al-Quran, bersiap untuk menghadapi hari kematian dan untuk bertemu dengan-Nya.


Kalau dengan cara ini dapat dilakukan, Insya Allah perkara mungkar dan keji dapat diatasi, jiwa orang yang bersolat sentiasa rindu kepada Pencipta, sekali gus benci kepada perkara-perkara yang menjurus kepada penentangan terhadap hukum-hakam Allah.


Terdapat orang yang melakukan solat, tetapi sukar untuk berpisah dengan maksiat, ini kerana solat yang dilakukannya bukan atas dasar ilmu yang dipelajari, ia tidak lebih daripada pelaksanaan secara tradisi biasa atau budaya kerana melihat orang ramai bersolat, maka Nafsu kita dansyaitan mencari ruang dan kesempatan untuk membisik serta mengilhamkan kepada pelakunya perkara-perkara negatif termasuklah yang boleh menggugat iman kepada Allah.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Hingga akhirnya hilang rasa khusyuk ketika melakukan solat dan tidak memahami setiap bacaan yang dibacanya ketika bersolat, sebagai contoh, berapa ramai orang Islam dalam negara ini yang membaca doa qunut pada solat subuh dengan memohon kepada Allah,


" Ya Allah berikanlah kepada kami hidayat, sepertimana Engkau beri hidayat kepada orang yang Engkau diberi hidayat, palingkanlah kami dari golongan orang-orang yang Engkau palingkan dari rahmat-Mu ".


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Tetapi apa yang berlaku dalam masyarakat umat Islam dalam negara kita ini, golongan yang diberi hidayat oleh Allah tidak menjadi role model kepada mereka, malah golongan yang dipalingkan oleh Allah dari sisi-Nya itulah menjadi ikutan pada gaya hidup mereka, cara berpakaian, penampilan yang songsang, cara hidup, berkeluarga, berpendidikan, berpolitik dan sebagainya, akhirnya kita jadi umat yang tidak mampu untuk menepis atau menangkis bisikan dan pujuk rayu Nafsu kita sendiri dan syaitan yang direjam.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Sedarlah wahai umat Muhammad sekalian! Beruntungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad jika dibandingkan dengan generasi terawal di kalangan pengikut dan umat Nabi-nabi sebelum Nabi kita Muhammad s.a.w., ini kerana kita beramal sedikit,.


Tetapi diberi ganjaran sepuluh pahala berbanding dengan umat terdahulu, di mana hanya mendapat satu sahaja pahala dari setiap amalan yang dilakukannya.



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Mencari RedhaMU

- zawawi -

All For One, One For All.


Wassalam


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

No comments: